Monday, July 26, 2010

Perdagangan besar di Malaysia

Salam sejahtera !

Hari ini , kami akan blog dari aspek Perdagangan.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.
















Eksport dan import
Hasil aktiviti eksport negara banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi semasa. Sebahagian besar daripada barangan eksport terdiri daripada komoditi seperti minyak kelapa sawit, getah, lada, balak, koko dan produk berasaskan komoditi.

Barangan eksport yang lain termasuk hasil produk industri pembuatan (seperti barangan elektronik, automotif dan tekstil), produk asas tani, minyak dan gas.
Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dalam seluruh aspek berkaitan perniagaan, termasuk pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan dan panduan perdagangan.

Keperluan import Malaysia telah membantu negara menjalin perhubungan dua hala yang kukuh dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat. Perhubungan perdagangan ini membolehkan Malaysia mengimport pelbagai jenis barangan seperti elektronik, jentera, kenderaan, bahan kimia, plastik, produk petroleum, produk besi dan keluli.

Aktiviti import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.



Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Tasik Titiwangsa


No comments:

Post a Comment