Wednesday, August 11, 2010

Alam Sekitar di Malaysia

Penjagaan alam sekitar

Kempen di Sekolah

Bersempena dengan Hari Biodiversiti Sedunia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bersama masyarakat dunia dalam menganjurkan program penanaman pokok - The Green Wave 2010 di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia pada 22 Mei 2010 bermula jam 10 pagi.
Dalam hal ini, penganjuran kempen ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan Malaysia terhadap Kempen 1 Bilion Pokok anjuran United Nations Environment Programme (UNEP) dan Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 22 April 2010.

Usaha kerajaan dalam menjaga alam

KETIKA berucap pada Perundingan Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri akan menjadi pejabat hijau. Najib secara berseloroh menunggu-nunggu mengenai perubahan dan manfaat menerusi konsep pejabat hijau itu. Hijau bermakna selari dengan pelestarian dan mesra alam.

Realitinya semakin ramai prihatin terhadap impak alam sekitar kepada kehidupan dan pembangunan negara. Justeru, Bajet 2011 dijangka memberi penekanan kepada pelestarian alam sekitar, sekali gus menjana keupayaan tempatan untuk membangun dan memajukan teknologi hijau sebagai penjana kekayaan.

Teknologi hijau
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:
• Tenaga: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.
• Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semuanya daripada pilihan bahan bangunan kepada lokasi bangunan.
• Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer atau satu per bilion meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.
• Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam semulajadi. Ianya dikembangkan mengikut kepada susunan yang lebih teratur.
Kitar semula
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2]

Jabatan Perlindungan Alam dan Flora Di Malaysia
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia.Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabansa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Alternatif mesra alam bantu kurangkan beban impak ekonomi industri
Strategi ketiga, memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan pengunaan tenaga yang rendah.
Sebagai conotohnya satu artikel dalam Majalah Jurutera keluaran Disember 2008, menyatakan teknologi pengkomposan didalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses. Beberapa kilang sawit di Sabah didapati telah melaksanakan kaedah ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment